Saat sedang nyenyak dibuai mimpi diatas tilam yang begitu empuk, bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya, anda terbangun tiba-tiba.Setelah mata terbuka, persekitaran diamati. Belum subuh lagi ni, hati sendiri . Kemudian tangan mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapatkan satu kepastian." Oh, baru pukul 3 pagi."
Dalam situasi seperti diatas, apa yang akan anda lakukan? Disini anda mempunyai beberapa pilihan . Tanya iman anda dan buatlah pilihan yang bijak.
PILIHAN 1
Kebanyakkan kita akan menarik selimut semula dan menyambung episod kedua mimpi yang tergantung separuh jalan. Bukan itu sahaja, hati turut mengomel, " Apasal aku bangun awal sangat." Terzahir sebuah KEKESALAN. KESAL BANGUN AWAL? NAUZUBILLAH.
PILIHAN 2
"Oh, baru pukul 3 pagi. Waktu macam ni doa makbul.Ya Allah, ampunkanlah dosaku, dan dosa kedua ibu bapaku. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagian dunia dan akhirat." Kemudian sambung kembali "Ibadah senyap".
PILIHAN 3
Sebaik menyedari dah pukul 3 pagi (bukan baru pukul 3), segera bangun untuk solat tahajud. Sembahlah Allah sembahlah Allah saat mata-mata lain terpejam rapat, rukuklah saat hati kita masih tenang, sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia dan berdoalah
saat doa didemgari Allah.
Terjaga di awal pagi adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan Allah. Siapa tahu saat Allah takdirkan kita terjaga, sebenarnya Allah menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam tersebut. Mulalah dari langkah pertama, berdoa sebaik terjaga. Malah mintalah dari Allah untuk bangkitkan kita malam-malam seterusnya. Itulah caranya mengucapkan terima kasih kerana terjaga saat sedang tidur, bukan mengomel penuh kekesalan. Tetapi alangkah baiknya andai tahajud dapat ditunaikan.(SOLUSI PP 15048/05/2010-024506)
No comments:
Post a Comment