Thursday, December 30, 2010

RENUNGAN BERSAMA

Diantara hikmah didahulukannya pelaksanaan shalat sunnah istikharah sebelum kita memanjatkan doa istikharah adalah karena sebelum kita dapat masuk menghadap seorang raja untuk mengajukan permohonan kita kepadanya secara langsung di dalam istananya, kita harus mengetuk pintu kerajaannya terlebih dulu agar pintu istana raja tersebut terbuka untuk kita sehingga kita dapat masuk ke dalamnya.

(Ibnu Abi Jamrah)

Friday, December 24, 2010

UP TOWN MUAR (MAHARANI)

JOM LAYAN KE UP TOWN MUAR PADA MALAM INI...
SAMA-SAMA KITA MERIAHKAN BANDAR MUAR...
SETIAP JUMAAT MALAM DAN SABTU MALAM....
DARI PUKUL 6 PETANG HINGGA 1 PAGI....
SLUMBER.....

Thursday, December 23, 2010

ASSALAMUALAIKA ......YA RASULULLAH

FIZIKAL RASULULLAH S.A.W

         Ali bin Talib menggambarkan ciri fizikal Rasulullah s.a.w : " Postur tubuh Rasulullah s.a.w tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek. Baginda memiliki perwatakan yang sedang dibandingkan kaumnya. Rambut Baginda tidak terlalu kerinting dan tidak lurus terurai. Baginda berambut ikal, tidak gemuk dan wajah beliau tidak terlalu bulat. Kulit Baginda putih kemerah-merahan.
      Baginda memiliki bola mata yang hitam pekat, bulu  mata yang lentik serta bahu yang lebar dan tidak berbulu. Dada baginda berbulu. Telapak tangan dan kaki Baginda tebal. Ketika berjalan, Baginda seakan-akan melangkah menuruni tanah yang landai. Ketika menoleh, Baginda menoleh (berbalik) dengan seluruh badan. Antara kedua bahu Baginda terdapat tanda kenabian, Baginda adalah nabi terakhir, manusia yang paling lapang dada, ucapannya yang mudah dipercayai, karakternya paling lembut dan cara bergaulnya paling mulia.
       Siapa pun yang pertama kali melihat Baginda pasti segan tetapi orang yang telah lama bergaul dengan Baginda pasti mencintai Baginda. Siapa pun yang cuba menggambarkan karakter Baginda pasti berkata: " Aku tidak pernah melihat seorang pun yang sama seperti Rasulullah s.a.w., baik sebelum mahupun setelah Baginda wafat." (Riwayat al-Tarmizi, Ibn Sa'd dan al-Baihaqi-  Dipetk dari: Solusi PP 1504/05/2010 ).

Wednesday, December 22, 2010

SEMBANG-SEMBANG...

Hayati akhlak mulia bebas masalah sosial

 
Kegagalan terap tatacara sedemikian umpama mengakibatkan kehancuran muka bumi


KEPERIBADIAN mulia membentuk masyarakat yang cemerlang tamadunnya kerana ia tidak dimusnahkan oleh ghibah (mengumpat) dan namimah (mengadu domba).

Rahsia kejayaan Rasulullah SAW sehingga mampu membentuk barisan sahabat yang kukuh serta mantap daripada segi sahsiah dan keperibadiannya adalah dengan menonjolkan akhlak mulia sejajar keperibadian Muslim sebenar seperti dipaparkan dalam al-Quran.
Tanpa apa-apa kepentingan di dunia, Baginda memimpin orang kanannya dengan keluhuran Islam, wahyu dan syura. Laba daripada inilah menjayakan sebuah kepemimpinan yang akhirnya dikagumi kerana integriti, bukan kepentingan diri.
Umum maklum bukan mudah menyatupadukan banyak hati tetapi Rasulullah SAW melakukannya dengan mudah walaupun ada cabarannya melalui akhlak ditonjolkan Baginda sebagai pengajaran paling berkesan.

Diriwayatkan oleh Ahmad dan Al-Hakim, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya aku diutus hanya untuk menyempurnakan akhlak yang mulia.”

Rasulullah SAW tahu akhlak adalah asas pembinaan diri yang akan menentukan jatuh bangunnya bangsa serta faktor pembinaan sesebuah tamadun. Inilah sebab utama diutuskan Rasulullah SAW ke dunia.

Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagi kamu.” (Surah al-Ahzab, ayat 21) Diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya selain daripada akhlak yang baik.”

Satu cara terbaik membentuk akhlak mulia ialah pendidikan contoh teladan. Setiap individu haruslah memiliki sifat amanah, dedikasi, komited pada tugas, ikhlas, sanggup berkorban masa dan tenaga, suka membantu serta membimbing.

Antara aspek terpenting perlu diambil perhatian ialah penampilan setiap individu Muslim, peribadi yang seimbang dalam pemikiran, tindakan dan sikap terhadap konsep berilmu, beramal dan berakhlak sebenar.

Rasulullah SAW mendidik sahabat bersifat benar dalam perbuatan, perkataan dan gerak hati. Tidak ada sekelumit pun dendam, niat jahat, bicara untuk menyakiti hati orang atau melakukan sesuatu perbuatan yang mengundang kesusahan dan penderitaan kepada orang lain.

Hari ini, kebanyakan kepincangan urusan pentadbiran, hatta dalam institusi kekeluargaan sekalipun adalah disebabkan sikap ‘tidak benar’ yang menjadi taruhan demi kemenangan di dunia.

Sabar dalam semua keadaan perkara mudah tetapi sukar dilakukan jika hati tidak reda terhadap qada dan qadar Allah. Sifat sabar dibentuk Rasulullah SAW dikagumi sahabat dan musuh yang bersama Baginda semasa hayatnya.

Kesabaran Rasulullah SAW sebenarnya yang menyelamatkan agama dan usaha syiar Baginda akhirnya dapat dinikmati seluruh Muslim hari ini. Menghadapi fitnah dan ancaman musuh yang datang dari segenap ceruk, Baginda tetap bersabar.

Rasulullah SAW juga menanamkan sifat pemaaf dalam hati sahabat terhadap kesilapan dilakukan serta mudah bertolak ansur dan tidak pernah marah melainkan kesalahan itu dilakukan kepada Allah SWT.

Namun, tidak dinafikan ada keadaan yang sukar untuk kita maafkan.
Rasulullah SAW tidak pernah melemahkan diri dengan menghukum orang lain atau tenggelam oleh rasa marah yang mengawal akal. Ketenangan Baginda menggambarkan peribadi baik dan personaliti yang disukai ramai.

Rasulullah SAW mendidik sahabat menurut tatacara akhlak ditentukan Allah dan itulah yang membentuk masyarakat Islam unggul sifatnya, beriman, bertakwa dan cenderung mencintai kebaikan. Kegagalan membentuk masyarakat berakhlak mulia samalah seperti mengakibatkan kehancuran pada bumi ini.

Justeru, dalam menghadapi arus kemajuan dan cabaran abad baru, keperluan pembentukan akhlak mulia semakin mendesak memandangkan masalah sosial yang timbul selari perkembangan ekonomi dan kemajuan dunia. Masyarakat dan bangsa memiliki akhlak mulia adalah penggerak ke arah pembinaan tamadun dan kejayaan yang diredai Allah SWT.

(Dipetik dari Berita Harian 23.12.2010/AGAMA: Penulis ialah Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia, kini melanjutkan pelajaran di United Kingdom)

SEMBANG-SEMBANG

 370Z ROADSTER MEWAH 

MENYEDARI kereta bumbungnya boleh dibuka kini semakin diminati, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) melancarkan Nissan 370Z Roadster serba baru yang bergaya dan mewah.
Model diimport sepenuhnya adalah model convertible dua tempat duduk yang menarik dengan bumbung jenis lembut dikuasai bukaan secara automatik sepenuhnya.

Nissan 370Z Roadster yang diperkenalkan pada Pameran Permotoran Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2010, baru-baru ini, pasti membuatkan pemandunya teruja yang menawarkan jentera prestasi tinggi dengan reka bentuk menarik demi memberi kenikmatan pemanduan.
Perasmian dilakukan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha bersama Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Ang Bon Beng sambil disaksikan Presiden Persatuan Automotif Malaysia (AAM), Datuk Aishah Ahmad.

Sama seperti 370Z Coupe, Roadster generasi terbaru itu tampil yang terbaik dari aspek prestasi, gaya dan teknologi berbanding model sebelumnya.

Dengan tapak rodanya yang lebih pendek, pengurangan berat, transmisi automatik tujuh kelajuan bersama ‘paddle shifters’ dan enjin VQ37VHR 3.7 L, ia berupaya memberikan tahap pecutan serta pengendalian tiada tandingan.

MENYEDARI kereta bumbungnya boleh dibuka kini semakin diminati, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) melancarkan Nissan 370Z Roadster serba baru yang bergaya dan mewah.
Model diimport sepenuhnya adalah model convertible dua tempat duduk yang menarik dengan bumbung jenis lembut dikuasai bukaan secara automatik sepenuhnya.

Nissan 370Z Roadster yang diperkenalkan pada Pameran Permotoran Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2010, baru-baru ini, pasti membuatkan pemandunya teruja yang menawarkan jentera prestasi tinggi dengan reka bentuk menarik demi memberi kenikmatan pemanduan.
Perasmian dilakukan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha bersama Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Ang Bon Beng sambil disaksikan Presiden Persatuan Automotif Malaysia (AAM), Datuk Aishah Ahmad.

Sama seperti 370Z Coupe, Roadster generasi terbaru itu tampil yang terbaik dari aspek prestasi, gaya dan teknologi berbanding model sebelumnya.

Dengan tapak rodanya yang lebih pendek, pengurangan berat, transmisi automatik tujuh kelajuan bersama ‘paddle shifters’ dan enjin VQ37VHR 3.7 L, ia berupaya memberikan tahap pecutan serta pengendalian tiada tandingan.

Jentera berkenaan menghamburkan kuasa maksimum sehingga 333 ps, manakala kuasa tork adalah 363 Nm pada 5,200 rpm.

Selain itu, jentera berkenaan menawarkan ruang dalaman yang selesa dengan gangguan angin minimum ketika bumbungnya dibuka.
MENYEDARI kereta bumbungnya boleh dibuka kini semakin diminati, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) melancarkan Nissan 370Z Roadster serba baru yang bergaya dan mewah.
Model diimport sepenuhnya adalah model convertible dua tempat duduk yang menarik dengan bumbung jenis lembut dikuasai bukaan secara automatik sepenuhnya.

Nissan 370Z Roadster yang diperkenalkan pada Pameran Permotoran Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2010, baru-baru ini, pasti membuatkan pemandunya teruja yang menawarkan jentera prestasi tinggi dengan reka bentuk menarik demi memberi kenikmatan pemanduan.
Perasmian dilakukan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha bersama Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Ang Bon Beng sambil disaksikan Presiden Persatuan Automotif Malaysia (AAM), Datuk Aishah Ahmad.

Sama seperti 370Z Coupe, Roadster generasi terbaru itu tampil yang terbaik dari aspek prestasi, gaya dan teknologi berbanding model sebelumnya.

Dengan tapak rodanya yang lebih pendek, pengurangan berat, transmisi automatik tujuh kelajuan bersama ‘paddle shifters’ dan enjin VQ37VHR 3.7 L, ia berupaya memberikan tahap pecutan serta pengendalian tiada tandingan.

Jentera berkenaan menghamburkan kuasa maksimum sehingga 333 ps, manakala kuasa tork adalah 363 Nm pada 5,200 rpm.

Selain itu, jentera berkenaan menawarkan ruang dalaman yang selesa dengan gangguan angin minimum ketika bumbungnya dibuka.
Operasi kuasa elektrik membuka dan menutup bumbung hanya kira-kira 20 saat yang dikawal menerusi satu butang pada konsol tengah.

Bumbung automatik itu berfungsi dengan mengunci dan membuka bumbung daripada bahagian atas cermin depan tanpa memerlukan bantuan daripada pemandu.

Roadster itu ditawarkan dengan tujuh pilihan warna iaitu putih, merah hati, hitam, kelabu, biru perak dan merah.

Harga jualannya bermula dari RM382,520 tidak termasuk cukai jalan dan insurans serta jaminan tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000 kilometer. (Dipetik dari: My Metro 23.12.2010 Variasi Vroom)

Monday, December 20, 2010

MUHASABAH DIRI

TIBA-TIBA TERJAGA DARI TIDUR
            Saat sedang nyenyak dibuai mimpi diatas tilam yang begitu empuk, bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya, anda terbangun tiba-tiba.Setelah mata terbuka, persekitaran diamati. Belum subuh lagi ni, hati sendiri . Kemudian tangan mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapatkan satu kepastian." Oh, baru pukul 3 pagi."
             Dalam situasi seperti diatas, apa yang akan anda lakukan? Disini anda mempunyai beberapa pilihan . Tanya iman anda dan buatlah pilihan yang bijak.

PILIHAN 1
             Kebanyakkan kita akan menarik selimut semula dan menyambung episod kedua mimpi yang tergantung separuh jalan. Bukan itu sahaja, hati turut mengomel, " Apasal aku bangun awal sangat." Terzahir sebuah KEKESALAN. KESAL BANGUN AWAL? NAUZUBILLAH.

PILIHAN 2
             "Oh, baru pukul 3 pagi. Waktu macam ni doa makbul.Ya Allah, ampunkanlah dosaku, dan dosa kedua ibu bapaku. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagian dunia dan akhirat." Kemudian sambung kembali "Ibadah senyap".

PILIHAN 3 
              Sebaik menyedari dah pukul 3 pagi (bukan baru pukul 3), segera bangun untuk solat tahajud. Sembahlah Allah sembahlah Allah saat mata-mata lain terpejam rapat, rukuklah saat hati kita masih tenang, sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia dan berdoalah 
saat doa didemgari Allah.

              Terjaga di awal pagi adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan Allah. Siapa tahu saat Allah takdirkan kita terjaga, sebenarnya Allah menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam tersebut. Mulalah dari langkah pertama, berdoa sebaik terjaga. Malah mintalah dari Allah untuk bangkitkan kita malam-malam seterusnya. Itulah caranya mengucapkan terima kasih kerana terjaga saat sedang tidur, bukan mengomel penuh kekesalan. Tetapi alangkah baiknya andai tahajud dapat ditunaikan.(SOLUSI  PP 15048/05/2010-024506)

MEETING NGAN GM...

MEETING...

Esok pagi2 ke KL...
Meeteng ngan GM...
Insya Allah ....keputusan yang terbaik...

UP TOWN MUAR MARI

UP TOWN MUAR...JOM RAMAI2 MERIAHKAN...
Panorama shopping Up Town Muar

Test baju anak

Suasana yang nyaman

Sibuk gak
Jom lepak2 n beli belah di up town muar..
setiap jumaat malam n sabtu malam dari kul 6mlm -1.00 pagi.
Meriahkan bandar Muar...
Bersambung...
ke Senawang kejap...

Friday, December 17, 2010

MINYAK NAIK...APA BERLAKU?

Minyak naik....
Semua akan ikut naik..
cuma gaji je yg tak naik....naik gak setahun sekali...
Tapi minyak naik kadag kala dua tiga kali setahun...
Apa yang kita mesti buat....
Banyak reaksi....banyak pendapat...banyak cadangan...
Tak kiralah apa yang berlaku...yang berlaku tetap akan berlaku...
Tindakan ....terpulang pada diri masing-masing...
Ada yang buat part time...macam2...
Tapi apa yang penting, kerja hakiki mesti buat dengan terbaik...
Jangan terabai lak...
Sebab...nak dapat rezeki halal...
Kalau dah berjaya dalam part time tu lak...
Jangan lupa bersyukur....semua rezeki datang dari Allah....
Insya Allah akan berkat dunia akhirat...
Amin...

Wednesday, December 15, 2010

Masa balik kerja

Melaka hujan lebat
Menunggu masa nak balik rumah
Kejap lagi balik
Jom2 balik....

Monday, December 13, 2010

Jalan2.....

Cuti sekolah dah nak habis...
Baru balik dari kl, sampai kul 9pm kat Melaka....
hampir setiap minggu ke kl....
jemmmmm..nasib baik ada skuter ..dapat gak pusing2 kl ....
Banyak kerja lum settle....
Banyak program lum running...
Semua sudah dalam perancangan...
Azam tahun baru mesti diteruskan....
Buat yang terbaik....

RENUNGAN BERSAMA

Seluruh manusia, yang baik maupun yang jahat, berusaha untuk mendapatkan sesuatu yang lebih rendah (nilainya di sisi Allah) daripada sayap lalat, iaitu Dunia
(Abu Mu'awiyah al-Aswad)

Tuesday, December 7, 2010

MUTIARA KATA

 MUTIARA KATA

Pintu manuju kecerdasan ada empat : (1) al-khauf (takut), (2) ar-raja' (harap), (3) al-mahabbah (cinta) dan asy-syauq (rindu). Tiap pintu tersebut memiliki kunci masing-masing. Melaksanakan ibadah fardhu (wajib) adalah kunci pembuka pintu al-khauf; melaksanakan ibadah nafilah (sunat) adalah kunci pembuka pintu raja'; cinta, senang dan rindu untuk beribadah adalah kunci pembuka pintu al-mahabbah; dan senantiasa berdzikir kepada Allah dengan hati dan lisan adalah kunci pembuka pintu asy-syauq.

(Dzun Nun)

Jangan Kamu Marah!





Jangan Kamu Marah!

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa seorang lelaki telah berkata kepada nabi SAW yang maksudnya:” Berwasiatlah kepada ku.” Sabda Rasulullah SAW: “Jangan kamu marah.” Maka lelaki itu mengulangi kata-katanya berulang kali. Sabda Rasulullah SAW:” Jangan kamu marah..”
 
(al-Bukhari)
Huraian :
Hasan al-Basri pernah berkata: Empat perkara jika sesiapa memilikinya maka Allah memeliharanya daripada syaitan dan mengharamkan ke atasnya api neraka: (iaitu) Sesiapa yang mampu mengawal dirinya ketika dalam keghairahan, ketakutan, syahwat dan kemarahan.” Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan. Reaksi seorang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti warna mukanya bertukar merah, urat-urat lehernya menegang, tubuh badan seakan-akan menggigil kerana geram, suara menjadi nyaring manakala lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk sama ada mengutuk atau mengeji. Ada kemungkinan patah-patah perkataan itu berupa penghinaan atau yang seumpama dengannya yang haram diucapkan termasuklah menuduh orang lain sebagai kafir dan lai-lain. Selain itu, seseorang itu juga akan melakukan perbuatan yang di luar kawalannya sendiri seperti memukul, menumbuk, menampar dan sebagainya. Semua ini berkemungkinan akan mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain yang akhirnya mewujudkan permusuhan dan kebencian di antara satu sama lain. Justeru walaupun sifat marah adalah sifat semula jadi manusia namun sebagai seorang Muslim kita hendaklah berusaha untuk menjauhkan diri daripada segala sebab yang menyebabkan kemarahan.

Thursday, November 25, 2010

Kesempurnaan....

Setiap orang ingin kepada kesempurnaan.....
 
Tetapi apakah ia kesempurnaan itu....adakah dengan kebendaan semata-mata...atau akhirat semata-mata...

Thursday, September 30, 2010

Kesederhanaan........

Kesederhanaan......
Itulah perbincangan pada kali ini........
sekian....anda ada komen....

Wednesday, September 22, 2010

Monday, May 3, 2010

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...